Tuesday, 27 October 2015

Kabut

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang kabut.

8 pagi di stesen tram. Cuaca mendung. Dah agak dah nak hujan.

"Alah tak bawak payung pulak."

Dah tahun kelima di Mesir. Konon nak ada payung sendiri. Jangan harap. Payung ni semangat nak beli bila ditimpa hujan ja.

"Lepas ni aku bertekad nak beli payung. Tak sanggup rasanya berhujan sebegini."

Dan masa pun berjalan sehinggalah berlalu tempoh selama 5 tahun. Payung mana?

Dalam perjalanan atas tram. Hujan dah mula turun. Lebat, sekali dengan ais-ais turun dari langit. Berselerak atas jalan raya yang seperti biasa, penuh dengan sampah.



"Aduh macam mana ni. presentation pukul 8.30. Dah 8.30 ni."

Mahu tak mahu, terpaksa redah jugak hujan. Habis basah lencun baju seluar, beg, buku kat dalam. Macam baru terjun sungai. Sakit juga kepala ditimpa ais-ais yang turun sekali dengan hujan.

Rasa macam nak balik tukar baju, tapi disebabkan dah lewat, aku tangguhkan dulu niat di hati.

"Mana prof ni. Cakap 8.30 dah pukul 9 ni."

"Assalamualaikum. Prof kat mana? Kami kat department dah ni."

"Kejap-kejap. Saya dekat sangat dah dengan fakulti. Jalan sesak. Banjir."

Jam masuk pukul 10. Berlaku perbualan telefon dengan prof dua tiga kali jugak sampailah jam 11 pagi. Baru prof sampai.

Lama tunggu prof. Sampai terlepas lecture 2 jam. Mintak excuse masuk lecture prof tak bagi pula.

"Kejap-kejap, saya nak sampai dah ni."

Itulah ayat prof dari pukul 9 sampai 11. Macam mana nak masuk lecture kalau macam tu ayat harapannya.

*Mesej Whatsapp masuk*

"Rumah banjir ni. Hujan lebat sangat."

Kata ahli bait yang tak jadi pergi lecture. Baru nak keluar rumah ja, dia nampak air dah masuk rumah. Mana tak kelam kabut hamba Allah ni. Haha.

Balkoni kat luar tu lubang air satu ja. Tu pun asyik tersumbat sebab jiran atas selalu buang sampah dari atas. Mana tak banjirnya.

Haih jiran atas ni pun satu masalah. Tak faham bahasa. Orang dah cuci balkoni tu berapa puluh kali. Nanti bila bukak pintu, ada la kotak rokok, tulang ikan. Tepuk dahi.

Ni hujan, lubang air balkoni tersumbat, jiran atas pulak tolak air turun ke balkoni. Air naik masuk sampai dalam rumah.

"Assignment kamu ni tak lengkap. Banyak benda tak cukup. Saya nak kamu balik betulkan. Hari rabu datang balik jumpa saya. Pukul 10."

Dalam hati. "ala prof 3.5 markah ja, tolong la lepaskan kami."

Berapa kali merayu. Tapi prof cakap, "assignment kamu tak lengkap. Saya tak boleh terima kerja macam ni."

Habis present. Terus bergerak ke department urology. Sempat lagi nak masuk kelas. Baju masih basah.

Masuk ja pintu kelas. Kawan-kawan mula dah berlawak jenaka masuk kelas lewat.

Maaf kawan-kawan. Aku tak sempat layan. Diam. Banyak masalah ni.

Pukul 2 petang. Alhamdulillah. Baju pun dah hampir kering. Hujan pun dah lama berhenti.

Balik rumah. Maka bermulalah kerja mencuci rumah.

Sunday, 25 October 2015

Fiksyen lakaran dari hati.


"Andai ditakdir diammu di situ
Seabad lagi tidak bisa dihalangi
Diamlah kamu tidak diganggu
Ada jodoh berjumpa lagi"


Bismillahirrahmanirrahim

"Benda macam ni tak boleh malu."

" hang tak payah fikir pun malu tak malu ni. Nanti hang jugak yang menyesal."

"2 bulan lebih. Lama tu. Aku pun paham perasaan hang macam mana. Pedih."

"Aku rasa hati dia berbelah bahagi kot. Sebab tu dia tak jawab."

Macam-macam jawapan yang aku dapat dari kawan-kawan yang prihatin. Haha.

Kadang-kadang aku rasa diam adalah jawapan yang paling keras untuk aku. Aku pun dah terlalu malu untuk bertanya perihal yang sama berulang kali. Bukan mudah untuk aku membunuh malu, bertanya buat kali pertama dan kedua. Untuk kali ketiga? Nanti-nantilah pula.

Aku tahu satu cara untuk tidak mudah terluka. Tidak terlalu peduli sama kamu. Biar kamu hidup dengan kehidupanmu sendiri. Tetapi itu sulit. Ya terlalu sulit untuk tidak peduli.

Pada akhirnya, aku fikirkan aku juga harus berdiam. Mungkin diam adalah cara yang paling tepat saat kita teringatkan seseorang yang tiada apa-apa hubungan dengan kita. Dan mungkin juga apa yang orang kedah cakap kena dengan aku.

"Kita sorang ja yang dok terketaq-ketaq lebih."

Menunggu kepastian, mudah-mudahan ada jawapan. Dan tetap bertahan, mudah-mudahan ada kebahagiaan.

Coretan ini ditulis saat hati ini sedang galau. Tak ada yang kekal di dunia ini. Seperti hal-hal yang lain, galau ini juga akan pergi. Walaupun aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara ni dengan menyibukkan diri dengan pelajaran, berpersatuan, pengajian, semua itu hanya sementara kerana apabila sampai masa untuk melelapkan mata, ada saja hal-hal perasaan itu datang.

Jadi, seandainya kamu ternampak coretan ini, kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini adalah apa yang aku rasa. Dan ia bukanlah sesuatu yang penting pun. Hanya jiwa kacau. Aku akan terus hubungi kamu seandainya hal ini penting.

Jadi tak ada istilah "beating around the bush." ok? :)

 Mungkin aku sudah lama tidak menulis, sehingga aku terlupa, menulis suatu ketika dahulu dapat mententeramkan perasaan aku. hal inilah yang lama bermain-main dalam fikiran aku sebulan dua ni. Harapnya, segala kekusutan jiwa, dapat aku lepaskan di sini.

Selepas ini, akan aku serahkan urusan besar ni kepada orang tuaku. Biarlah kedua-dua orang tua kita yang uruskan. Mungkin silap aku juga, mahu kamu tahu terlebih dahulu.

Maafkan aku seandainya kita jauh, dan bila aku selalu cemburu dengan mereka yang ada di sekelilingmu.

Akhir sekali, aku selalu membicarakan tentang kamu di belakang. Dengan Tuhan.

Apa yang aku minta dari kamu. Kejujuran.

Semoga hati kamu tidak berubah. Semoga.